Bismillah
Alang-alang dah stay di Ayer Keroh 5 hari 4 malam sempena festival silat tu, saya dan suami ambil peluang jenjalan sekitar Melaka.. sbnarnya dh banyak kali dtg Melaka ni..tp selalunya singgah tempat2 yang mudah di acsess dengan kereta..tempat2 macam makam yang dok celah2 bangunan, kami tak singgah..selalunya Taman Mini Asia, Taman Buaya , A Famosa, Stadhuy's Church itulah tempat yang selalu kami singgah..
So kali ni, disebabkan hotel betul2 tgh Bandar Hilir tu, so kami decided menapak je celah2 bangunan cari tempat2 ‘tersembunyi’..hehehe…
So malam kedua, kami sempat menziarah makam Hang Tuah. Subhanallah, bila tgok saiz makam tu, lebih panjang dari saiz kita zaman ni. Wallahualam.. ada kata memang saiz org dulu, ada yang berpendapat itu menunjukkan tingginya amalan..entahlah..Allah Lebih Tahu…sempatlah baca sikit2 sejarah yang diletakkan di monument tu..
Esoknya saya dan suami skip seminar melayu ( yang kakak tu smash saya sb tak join tu..kat sini..keh keh)..so kami ronda2 plak sekitar banda hilir.. wajiblah perkara pertama yang nmpak adalah kincir air ni ha..
Kemudian kami mula explore tmpat2 yang kami tak pernah smpai dengan kereta..hehehe..
Alhamdulillah, ada rezeki smpai ke Makam Hang Jebat plak..itupon berbekalkan map..kalah pelancong LONDON, u all!
On the way mencari makam Hang Jebat, terjumpa satu muzium perjalanan Laksamana Cheng Ho..wajiblah saya usha2 apa yang patot..tp sebab nak masuk berbayar agak mahal kot, so curi2 gmbar ngan patung tentera China ni je smbil baca info kat luar tu..
Kemudian terjumpa plak menatang patung syatonirrajim nih..hahaha…saya syak patung ni berhantu la..sb bila kami datang dari seberang jalan, nmpak patung ni macam berdiri betul2 menghadap kami..sekali bila saya dtg berdiri sebelah dia, tgok dlm gmbar ni mcm dia pusing mengiring sikit tgok arah saya berdiri..AIYOKKK!!!
Akhirnya jumpa juga tanda jalan menghala ke Makam Hang Jebat.. memang patutlah saya tak pernah smpai kat makam ni sungguhpon dah berpuluh kali dtg Melaka..sbnya makam ni terletak celah2 bangunan dan perkampungan Cina..huhu
Bertafakur sebentar.. bila diperhatikan saiznya pon lebih panjang dari saiz normal kita skrg ni..Wallahualam..dan bila tgok ciri2 batu nesan ni, ia dipercayai batu yang khas dibawa dari Acheh..ada ciri2 seni Acheh di situ..
Kalaupon ini bukan makam Hang Jebat, saya percaya ini mesti makam orang2 yang dikenali dan dihormati sb makam yang sempurna cantik mestinya utk org yang baik2 agamanya..Wallahualam..
Kemudian kami berziarah ke masjid lama Kg Hulu dan Masjid Lama Kapitan Keling. Bila tgok ciri2 rekaan, memang ada pengaruh Acheh, India dan Arab..sejarah Masjid ni ialah ianya dibina kerana tiada kesefahaman antara org Melayu dan India-Muslim..so masing2 sembahayang kat masjid masing2..huhu
Kami sempat solat tahiyatul masjid sebagai menghormati masjid lama yang banyak sejarah perkembangan Islam di bumi Melaka dan Asia Tenggara amnya..
Kemudian kami ke Kg Ketek, tempat Ahli Pelayaran dan Sasterawan Abdullah Munsyi dilahirkan dan di sini juga ada makam Syamsudin Al-Sumatrani..
baru saya perasan, semua makam2 yang saya kunjungi mesti ada kucing duduk menjaga ..kata suami, kucing punya keistimewaan dengan alam lain. Sb itu sejarah mengatakan ada mumia kucing ditanam sama dengan mumia Firaun..dan Rasulullah s.a.w sendiri sangat sayangkan kucing..ok, tiba2 saya rindu kucing2 donat saya..ehh??
Hari seterusnya, saya, suami dan kawan2 silat suami decided nak ke Pulau Besar untuk menziarah makam Sultan Al-Ariffin Sheikh Ismail..
Kami sewa bot dari jeti Umbai ..sebuah bot hanya RM100 pergi balik..sementara menunggu bot jalan, kami sempat berborak2 ngan sorang pakcik dari Batu Pahat.. terkekeh2 kami gelak layan crita pakcik ni.. orang kelakor habis..
Muka excited masing2…
Sultan Al-Ariffin Sheikh Ismail bertanggungjwab membawa Islam ke bumi Melaka dan seluruh Kepualaun Melayu.. Beliau merupakan keturunan Nabi ke -18.. Subhanallah, tak terbayang saya macam manalah usaha beliau nak sebarkan Islam kat bumi yang masih belum mengenal Islam sebnar masa tu..
Kemudian di situ juga ada makam Syarifah Rodziah. Barulah saya tahu nama Syarifah Rodziah diambil sempena nama wanita alim ini.. bila melihat ceritanya yang beliau sgt taat agama dan banyak amalan, insaf plak..
Berdoa di makam wali Allah dikatakan makbul kerana Allah berjanji bahawa wali2 Allah itu tidak mati. So kami ambil kesemptan solat tahiyatul masjid di masjid berdekatan makam tu.. semoga Allah berkati hidup kami dan seluruh umat Islam..amin…
Kemudian, kami di bawa juga ke Makam Tujuh.. di sini dikatakan ada tujuh makam tanpa tanda. Dan dipercayai kubur2 orang alim ulama juga. Menurut cerita, ada orang2 yang buat amalan khurafat atas kubur2 ni menjadi bisu dan tidak siuman.. Wallahualam..
Termakbul juga hasrat suami dan kawan2 nak menziarah makam wali Allah.. Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan..
Selesai sudah percutian free di Melaka selama 5 hari 4 malam.. semoga doa yang kami tinggalkan di sini dimakbulkan Tuhan..amin…
bestnyer kak..
ReplyDelete