Bismillah
Kawanku,
Hidup ini pentas ujian
Sekali kita diuji, tabahlah hati untuk menerimanya
Kerana itu tanda Allah melihat dan kisahkan kita
Tanda kasih sayangNya buat kita
Benarlah bahawa hati manusia ini sangatlah rapuh
Hari ini kita kuat hadapinya
Kita rasa kita mampu bertahan
Namun pembisik hasutan itu sentiasa ada bersama
Sehingga adakala jatuh juga air mata
Jangan gusar , kawanku
Menangislah sepuas hatimu di hadapan Tuhan
Jangan hipokrit di hadapan PenciptaMu
Berterus –teranglah bahawa hatimu kini kian rapuh
Dan pohonlah agar Dia memberi lagi kekuatan itu
Sesungguhnya Tuhan itu Maha Penyayang, kawanku
Andai bukan hari ini buat kita,
Pastinya ada hari esok yang lebih baik buat kita sedang menanti..
Teruslah merayu….
pasti ada sinar bahagia menanti kita...
Maha Mendengar :)
ReplyDeleteAllah yang Agung
seperti memahami rintihan hati ini...
ReplyDeletesama2 kita 'kuatkan' hati dan semangat:)
ReplyDeletesuke post ni =)
ReplyDelete