Sunday, July 24, 2011

yg dinanti...

Bismillah


Kesakitan yg pasti tapi masih yang dinanti

Demi sebuah perjalanan sempurna


Semoga Allah melindungi

Amin…


NOTAKUKUKAKIKU: syukur…

Friday, July 22, 2011

PROJECT RUNAWAY ...

Bismillah



Cer teka? Cer teka?

Saya nak buat apa???

NOTAKUKUKAKIKU: blink! Blink ~

Thursday, July 21, 2011

TUMBESARAN SEIRING ZAMAN

Bismillah


Kalau korang ada yang lebih kurang sezaman dan seusia saya

Mesti ingat makanan ringan kegemaran masa zaman budak2 dulu ni

Hehehe

Sikit aje isinya

Tapi sedap,kan?


Minggu lalu ke pasaraya

Terjumpa bungkusan yang lebih kurang sama

TAPI….

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Perasan tak gmbar budak tu lebih besar dan demok?


Maknanya tak salah lah kalau kita pon ada yang dah sama2 ‘membesar’

Sebab budak ni pon dah ‘membesar’ sama..


Hahahaha

Perumpamaan hanya untuk menyedapkan hati sendiri…

Keh keh…


NOTAKUKUKAKIKU: indahnya zaman kanak2…

Wednesday, July 20, 2011

bersih dan wangi...

Bismillah


Lagi beberapa hari nak masuk Ramadhan

maknanya malam bertarawikh akan bermula


dah buat persiapan pakaian berterawikh nanti?

Haaa, ramai yang terlepas pandang..

Pakaian raya ada yang dah siap tempah

Ada yang dah siap survey


Tapi pakaian nak beribadat depan Tuhan??

Ada yang bertahun tak bertukar yang baru

Ada yang penuh tahi lalat plak kat telekung tu

Nak guna hari-hari

Tapi Cuma ada sehelai dua

Itupon ada yg dah naik lebam..

Hehehe


Nampaknya ada yang tidak segan mengadap Tuhan


Apa kata

Ramadhan ini

Cuci telekong sebaik mungkin siap pewangi

Barulah aman solat kerana sudah suci


Kalau mampu

Belilah yang baru

Tambah semangat sikit nak isi buku ibadat baru

Kan buku ibadat lama dah diserah pada Allah malam Nisfu Syaaban lalu?


Nak beli yang berkerawang penoh tidak salah

Tapi kalau rasa terlintas rasa riak di hati dan resah

Pilihlah yang putih suci murni sudah memadailah


Allah sukakan kecantikan dan kebersihan

Sama2lah kita perbaiki amalan

Semoga amalan diangkat Tuhan


Selamat beribadat di bulan Ramadhan


NOTAKUKUKAKIKU: bercantik2 dan berwangi mengadap Tuhan, Dia yang Menciptakan kita…

project runaway saya..KONON

xxxx
xxxxxxx
vvvvv
bbbbbbbbbbbbbbb
ffffffffffff
hhhhhhhhhhhhhhhh
ddddddddddddddd
ssssss
eeeeeeeee
bbbbbbbbbbbbb
nnnnnnnnnnnnnn
baju malay

yg buat saya ingin bercinta lagi..haha

aaaaaa
aaaaaaaaa
aaaaaaaaaaaa
dddddddddd
ggggggggggg
dddddddddd
sssssssssssss
dfffffffffff
dddddddddd
bbbbbbbbbbb
tttttttttt
hhhhhhhhhh
gggggggggggggg
kamar dicat

Ini yg buat saya beriya mahu pulang

aa
aaaaaa
aaaaaaaaaa
aaaaaaaaaaaa
aaaaaaaaaaaaa
vvvvvvvvvvvvvv
ffffffff
dddddddddddddd
ssssssssssss

basikal exercise

baru nmpak lebih fresh

aaaaaaaaaaaaaaaaa
aaaaaaaaaaaaa
a
a
a
a
a
a
a
aJAHITAN MANIK

Keluarga 'BESAR' saya...

Bismillah


Dah lama tak update pasal KELUARGA DONAT2 saya

Cerita pasal DONAT2 DISINI, SINI DAN SINI


SEJARAH

CIMON + TOYEN ( JANTAN LIAR PILIHAN)

Dapat

KELUARGA DONAT2


KELUARGA DONAT2

Terdiri daripada

ATAM, ALANG, AREN, ACIK


Kini

ACIK + JANTAN TANPA NAMA???

Dapat

ANAI

Ia bulat dan bermata biru

Sesuai dijadikan mouse

Hehehe


AREN + JANTAN MISTERI???

Dapat

KELUARGA KOCI

Terdiri daripada

BOYEN, BELLY , BOMEK


Ok, kesemuanya

9 ekor


Antara sebab kenapa bulan ini kena rombak bajet bulanan lagi

Semua makan kalah anak jin

Hehehe


Ok, ok

Nak mengata I lah tu

Orang takde anak mcm tu lah

Membela kucing macam membela anak


Yelah, yelah

Lepas ni I bela anak la…


Alhamdulillah(^_^)

NOTAKUKUKAKIKU: doakan dilindungkan keselamatan dan kesihatan ye kawan2…

senyumlah ...

Bismillah

Bila berselisihan

Senyumlah

Tanda salam perkenalan


Bila kesedihan

Senyumlah

Pasti terlupakan kedukaan


Senyumlah dengan ikhlas

Pasti wajah lebih menawan


Senyumlah

Walaupun tanpa kata-kata

Pasti semua hati kan senang


NOTAKUKUKAKIKU: senyuman sedekah paling berharga

jamu mata #3

Bismillah


TOM YAM AYAM SPECIAL (^_^)

NOTAKUKUKAKIKU: satu rumah bau tom yam :P

Monday, July 18, 2011

'LIGAN' baca Al-Quran...

Bismillah

Persiapan pertama menuju Ramadhan dah saya kongsikan DI SINI..

Sepatutnya semua kita dah mula amal baca doa ni setiap hari..

Kerana tak semua ada peluang untuk sampai ke Bulan Ramadhan..

Amalkan setiap pas solat


Saya buat sikit pembetulan *tanda merah*....sebab kebanyakan sumber doa asal di laman2 web paparkan yg ada kesilapan tanda bacaan..bacaan sebenar "wa ballighna” bukan “wa ballaghna"
*update: thanx to shilafaiz. sbnarnya tanda ayat di atas adalah betul, cuma dalam kebanyakan web, dalam terjemahan tulisan rumi, mereka tulis "ballaghna" ..so saya cuma nak jelaskan utk elak salah bacaan..(^_^)

Antara persiapan lain menuju Ramadhan adalah menyiapkan jadual dan sasaran kita sepanjang bulan Ramadhan nnti..

Ok, ni saya sharekan sesuatu masa kuliah agama hari tu...

“PERLUKAH SAYA HABISKAN 30 JUZUK SEPANJANG RAMADHAN KERANA AMALAN BERKHATAM?”

Ok, saya tak tahu knowledge orang lain..tp saya sendiri sebebnarnya masih samar2 sebelum ni mengenai amalan ‘pulun baca selaju mungkin’ sepanjang ramadhan semata2 nak dapat target khatam 30 juzuk..

Mengikut perbincangan dengan ustazah hari tu, ramai yang tersilap hal ni..

Tujuan utama membaca AlQuran /tadarrus adalah untuk kita perbaiki bacaan dan penghayatan terhadap isi Al-Quran. So masa bertadarrus ni lah kita sepatutnya memberi teguran atau menerima teguran dari kawan2 tadarrus kita terutama dari segi tajwid dan makhraj bacaan..

Sebab itu, digalakkan membaca tadarrus dengan kawan2 atau orang yang lebih berpengetahuan ilmu tajwid dan Qurannnya..

Nak menegur kenalah secara hikmah supaya tidak ada yang terguris hati..

Dan yang menerima teguran kenalah berlapang dada..

Pernah dengar kan, membaca Al-Quran dengan tajwid yang salah, TIDAK USAHA utk belajar dan perbaiki, maka Al-Quran akan melaknat kita..

Kan rugi tu.. baca nak pahala, tapi dapat dosa..

Tapi kalau kita ada usaha nak belajar, dan masih ada kesilapan membaca, pahala tetap kita dapat sb usaha itu ada..

So jangan lah ambik mudah langsung tak nak baca mahupon terus membaca dengan silap…

Kalau tak sempat habis 30 juzuk sekalipon, kita masih di kira khatam di mana saja yang kita mampu…

Wallahualam…

Sekadar berkongsi…

NOTAKUKUKAKIKU: setiap orang kena usaha dapatkan guru Al Quran.. jangan takat sekolah rendah dulu aje…

tugasan dengan mentua...

Bismillah

Selain mengikut ibu mentua pi kuliah agama dan kelas mengaji hampir setiap hari,

Aktiviti lain adalah tolakkan troli ketika membeli barang dapur…

TIPS MENTUA SAYANG

Hehehe

NOTAKUKUKAKIKU: dh kembali ke Tanjung Malim..masa berdiet semula..LOL

my name is DR.MAWAR

Bismillah

Ingat dak masa sekolah dulu, bila time nak Hari Sukan Sekolah, semua orang sibuk wat persiapan.. cikgu2 sibuk wat meeting rumah sukan, wat t-shirt ikut warna rumah masing2, pastu pemilihan peserta2 olahraga, ..yang syoknya hampir setiap hari wat latihan sukan smpailah hari pemilihan peserta pada hari pemilihan..masa tu ada yang happy, ada yang frust sb cita2 nak masuk acara tak kesampaian..eh mcm saya lah tu..hahaha…acara olahraga memang fail lah,..kaki pon pendek..hahaha..

Seingat saya, masa darjah dua, saya masuk acara sukaneka padang..kena tiup belon pastu lari ..pastu kena duduk atas belon tu smpai pecah..pastu lari semula tempat asal, next person plak.. yang harunya, saya kan set2 kerdil (bukan dulu je,smpai sekarang pon..huhu).. darjah dua, berapa sgtlah berat masa tu..belon tu saya duduk masih tak pecah2..last2 cikgu yang jaga belakang kerusi saya cucukkan pakai jarum peniti..hahaha.. benda simple mcm tu saya gagal..

Eh cuba sekarang? Dengan berat anak gajah ni, bagi tong drum pon pecah kot..hahaha….

Hari tu saya join sekali HARI SUKAN SEKOLAH tempat suami saya mengajar..

Tu yang dok terkenang zaman silam tu..keh keh..

Depa semua ada 37 orang je murid dari darjah 1 smpai drjah 6..giler sikit,kan?

Tapi mengajornya serupa mcm ajar beratus pelajar..mcm2 ragam..hehehe

Saya excited giler tgok maskot2 diorang nih..giler comel..hahaha..


Sebenarnya ada hati nak sarung menatang nih ke badan sendiri ,nak bergmbor..tp cuak juga kalau2 masuk boleh, nak keluar, tak lepas..hah sudah! Kekal lah selamanya saya sebagai SPONGEBOB! Hahahah!

Oklah, yang ni je lah mungkin sesuai kat saya..*sedeh*

Kebetulan ada geng2 student UNIKL dtg buat program di pulau ni, so ada acara lawan tarik tali dengan diorang..pergh!! mantop2 brother2 nih! Keh keh..

Majlis penyampaian hadiah dok bawah terik tu..terbakor kulit den!

Dan tak pasal2 jadi jemputan khas menyampaikan hadiah kat budak2 ni..

Selamaba je diorang bagi nama saya DR.MAWAR.. sebab MC tak tahu nama saya..ceh!

Rumah merah johan keseluruhan, diikuti kuning dan biru..

So dapat bygkan tak, kalau dah jumlah budak banyak tu je, jadi hmpir semua acara org yg sama yg masuk..dan ada 3 umah sukan je..so confirm2 diorang akan dapat tmpat dari emas ke gangsa..

Kesudahannya, tamat acara, pakat2 usung medal kat leher bertimbun mcm nih!

Kalaulah emas , perak dan gangsa tu laku dijual….

KAYO BUDAK2 NIH!

Hahaha…

NOTAKUKUKAKIKU: seronok plak sesekali masuk dunia kanak2 :P

Wednesday, July 13, 2011

Persediaan menuju Ramadhan

Bismillah

Sebenarnya dalam sibuk dok meronda2 kat Penang ni, antara aktiviti saya adalah mengikut mak mentua pergi kelas mengaji dan kuliah2/ceramah sekitar Penang ni..

Alhamdulillah, Allah dekatkan saya dengan orang2 yang cintakan ilmu agama..dapat juga saya menambah pengetahuan..tak banyak, sikit pon jadi lah..

So sepanjang duduk di sini, kawan2 baru saya juga adalah makcik2 dan tok2 yang pada saya, kagum sgt sebab masing2 berlapang dada menuntut ilmu di usia senja mcm tu.. malu pada diri sendiri yang masih muda tapi tak kejar sebanyak mungkin ilmu ukhrawi..

Minggu lepas saya ikut ke kuliah agama di sebuah masjid sekitar Sg Dua, Penang..semuanya golongan para ibu yang pada saya, mungkin suri rumah sepenuh masa atau sudah berpencen..terdetik dalam hati saya berdoa, supaya Allah panjangkan usia saya mcm mereka dan bawa hati saya ke arah sebegini..bukan masih sibuk bercerita hal kerja dan koleksi beg tangan , baju dan mekap terkini dsb..mudah2an…

Saya sharekan sikit sedikit ilmu yg terlekat di fikiran saya..

Kisah persediaan menuju Ramadhan..

Usah kata orang lah, saya sendiri kadang2 terfikir, gembirakah hati ini bila nak masuk Ramadhan..tp gembira sb apa?

Sebab ada BAZAR RAMADHAN?

Sebab ada MAJLIS BERBUKA PUASA dengan ahli keluarga?

Sebab ada gerai2 mula memjual kuih muih raya?

Sebab ada banyak SALES RAYA?

Sebab ada jualan baju2 terkini lagi vogue?

Kalau itulah sebab kita gembira, nampaknya kita masih belum2 beriman dengan hikmah dan fadilat puasa ramadhan itu sendiri..sedangkan Allah janji kehebatan Ramadhan itu sendiri jauh lebih hebat dari segala tarikan sales dan persiapan hari raya..

So, sebagai langkah awal menjelang Ramadhan ni, persedian pertama adalah kita betulkan balik niat kita nak masuk Ramadhan ni.. toksahlah dok sibuk hal baju raya, kasut raya,kuih raya..semua itu mesti ada kalau ada rezeki kita..

Nnti saya akan sharekan persediaan lain yang mungkin kita leh manfaatkan bersama..

Selamat bersedia menuju Ramadhan(^_^)

NOTAKUKUKAKIKU: seronok berada di kalangan orang yang cintakan Allah dan Rasul…tak rimas dengar crita2 orang mendabik dada 24/7...

masa berjimba-jimba

Bismillah

Entri post menyatakan betapa saya ‘kesesatan’ di Penang ni smpai ke mana2 tempat saya pergi akibat tak tahu jalan , telah ‘menjodohkan’ saya bertemu dengan kawan blogger , ANNA-ANUAR..

Owh I like!

Boleh berjimba-jimba dengan kawan baru semasa suami sedang membanting tulang di tempat kerja..keh keh.. tapi dua2 pon dah mintak izin suami, tau..hehehe

Ni first time dapat jumpa ANNA..mulanya di blog ni lah..pastu ke FB..pas saya menghilangkan diri di FB, YM plak jadi penghubung..

Magic,kan? Kita leh berkawan ngan sesiapa pon padahal tak pernah jumpa..

Alhamdulillah, ada rezeki jumpa ANNA di Penang..

Bila para wanita sudah berjumpa, cer gitau..tempat apa paling best untuk berjumpa?

Hahaha..

Of course shopping complex..ekekeke..

Sungguhpon berdasarkan peta yang diberi guide oleh en.suami, dapat juga ambik ANNA dan tempat di tuju adalah Prangin Mall..

Thanx ye ANNA belanja McD..owh ini suatu penyebab lagi body weight akan kembali naik..hwaaa!! tapi sb excited jumpa kawan baru punya pasal, I rela aje..ececeh…hehee

Then, merayap plak ke 1st Avenue..kali ni cuci mata aje sb aritu saya dah tersambar ‘sesuatu’ waktu saya TER sampai kat 1st Avenue nih..TER ok? Keh keh…

Then masing2 smbar sebijik card reader..seb bek ANNA ingatkan saya..maklumlah, saya ni dah nmpak benda lain, mulalah benda yang penting dilupa seketika..ekekeke.. itupon hamper tersambar sepasang kasut..mujur dapat bertahan..hehehehe

Oh, ANNA pandai wat apam polka dot yang comel dan sedap tau..ANNA siap bagi saya sampel ..owh terharu sgt..bila dibandingkan apam polka dot saya buat hari tu dengan ANNA buat, alamak..malu giler.. I punya besor dan tak comel.. huhu…

Tak silap ANNA pon pandai wat Cheese Tart..

Sesiapa nak order , leh roger ANNA di email dia : anna.anuar@yahoo.com

I leh jamin lah, sehingga menjilat jari uoll..

Thanx ye ANNA sudi temankan Hana yang masih terkulat2 cari jalan kat Penang ni..hati memang nak berjalan aje, tp bila fikir tak tahu jalan, terbantut sikit..(leh caya, ke? Keh keh)

Len kali kita jumpa lagi ye..next station is….

Hehehe

TERIMA KASIH DAUN KELADI!

NOTAKUKUKAKIKU: siapa sudi nak ajak jenjalan, sila roger ye..hehehe