Monday, January 9, 2012

Hanya selepas 29 tahun….

Bismillah

First time cuba menanam pokok sendiri adalah waktu subjek ALAM DAN MANUSIA darjah 4 dulu..cikgu asked each group to plant one type of vegetable. My group was assigned to plant longbean. Berminggu-minggu kami menunggu hasil tanaman kami.. malangnya pokok yang saya tanam, semua tak menjadi..


Bila cakap pada cikgu, cikgu kata saya ni kategori ‘tangan panas’.. orang ‘tangan panas’ susah nak Berjaya kalau planting..kesian saya…I kept that word in my mind..


Beberapa percubaan lain mcm nak tolong mak hias umah, so tanamlah pokok rose, bunga kertas dan sebagainya..semuanya GAGAL…akhirnya saya mengalah, saya memang ‘tangan panas’ mcm cikgu kata..


Setelah masuk alam bekerja, ditambah sudah berkahwin dan dah punya rumah sendiri, perasaan nak bercucuk tanam dtg kembali sebab mcm ralat je nak guna daun kesum sikit je , dah kena salin baju siap2 tudung semata2 nak beli kat kedai/pasar.. kalau beli banyak, jawabnya layu sesaje dalam freezer…


Saya start beli buku panduan menanam pokok sayuran dan hiasan samada dalam pasu atau atas tanah, gugel tgok mcm mana nak dapatkan pokok yang sihat, belajar cara membaja, merawat tanah, smpailah apa perlu buat utk tingkatkan hasil bunga dan buah/sayuran dsb..


Mula2 tu bila dah dapat info cara menanam dengan betul, masih tak yakin pokok akan bertahan lama..so saya prefer beli pokok yang dah siap disemai dalam plastic polybag atau pasu..tak berani nak mulakan dari biji benih sendiri..


Tp lama2 saya fikir, takkanlah selamanya orang ber’tangan panas’ ni tak boleh tanam pokok sendiri.. mcm tak logic plak..


So saya start kumpul tanah dan rawat sebijik2 mcm dalam buku kata..kalau penulis tu tipu, saya pasrah aje..hehehehe… kemudian campuran tanah yang betul, baja, siram dan sebagainya …


Alhamdulillah, sudah nampak menjadi:)






Mcm tu lah perumpamaan kita dalam kehidupan ,kan? Kalau kita ditakdirkan Allah sudah ada bakat yg tak perlukan usaha lebih, mungkin kita bernasib baik menjalani kehidupan dengan baik.. tp jika tidak berbakat, tidak semestinya kita tak boleh buat..cumanya perlu usaha lebih sikit.. ada orang cmpak bijik benih pas makan, tak lama pokok hidup sendiri..tapi ada orang, siap dijaga ditatang, masih belum hidup pokok yg diharap. Tapi dengan menambah ilmu lebih sikit, tak mustahil pokok tu masih boleh hidup…


Sama dalam kehidupan, ada orang dilahirkan dengan kebijaksanaan dan kebolehan masing2.. tp kalau kita tidak berkebolehan, kita masih boleh memperbaiki utk jadi seperti mereka dengan usaha lebih sikit.. dan selalunya orang kata, benda yang sukar nak kita dapatkan, kita akan lebih hargai, betul tak?
Dengan ilmu , apa2 saja pon berubah dengan izin Allah.. so takde sebab kalau kita masih terus dibelengu kata2 orang yang mudah memberi kesimpulan pada diri orang lain.. kita yang sebenarnya bertanggungjawab ats potensi diri sendiri…


Oh ya, pagi ni, waktu siram pokok bunga yang sudah bertambah2 bunga tak henti2 dalam pasu kecik saya ni, terjumpa sesuatu yang sgt cantik..lagi2 bila warna dia contrast dengan warna bunga dan daunt u..

Subhanallah, rasa seronok ada makhluk Tuhan turut sama menikmati pokok yang saya tanam..semoga bertambah berseri dan rahmat kat umah ni..amin…



Sekarang,dah siap wat wallpaper lagi…


Betul la kan, sebelum ni susah nak bagi pokok hidup sihat, sekali dah berjaya, kemain eksaited saya:0


NOTAKUKUKAKIKU: no wonder tgok pakcik jiran suka benor menatap pokok2 hiasan dia..sekarang, turn saya plak..hehehe

4 comments:

  1. cantik pokok bunga yang last sekali tu...warna dia terang sangat. memang nampak berseri lah hana

    ReplyDelete
  2. Kejayaan itu lebih manis apabila orang tak mempercayainya

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Sheila:) alhamdulillah, Hana pon suka sgt pokok bunga ni..masa awal2 tak berapa nak berbunga, skrg tak henti2 berbunga..alhamdulillah;)

    Pok li:) betul tu, semoga kita kuat utk terus membina potensi Dan kekuatan diri

    ReplyDelete

terima kasih sudi mengomen(^_^)