Thursday, May 26, 2011

rutin sekarang

Bismillah

ada yang tanya how to lose weight tanpa perlu tinggalkan nasi?

ni ha saya kongsikan
satu jenis tarian yang saya amalkan
alhamdulillah sangat membantu


dengan syarat
jangan malas
buat hari2
usaha kejar masa yang sama ngan instructor zumba ni

mula mula memang kekok
sekarnag tutup mata dah boleh wat
ekekeke
(tapi alamatnya semua makhluk berdekatan bertempiaran lari) hahaha

kenapa pilih tarian zumba ni?
sb ia membentuk kaki yang kuat
punggung terbentuk cantik
lengan kurang menggeleber
otot perut bertambah mantap
silap2 leh ada 6 pek :P
yang paling best
rasa seksi owh leh menari laju2..hehehhe

CUBALAH!

NOTAKUKUKAKIKU: saya jenis takleh tinggal nasi, so let's dancing :)
(ada part2 spank2 tu sila abaikan ye..hahaha)

it's holiday(",)

Bismillah

cuti sekolah dah bermula
saya yg excited lebey
suami yang cuti, saya sibuk sama

sharing is caring,kan?
eh ada konsep kongsi cuti ke?
hehehe

akan bertolak ke penang malam esok
kemudian bersambung di pulau idaman:)

terima kasih Tuhan
nikmat masa berdua yang masih Engkau kurniakan

To Penang with LOVE(^-^)

NOTAKUKUKAKIKU: celebrate anniversary and birthday both laki bini for coming June:)

faham konsep 'rezeki'...

Bismillah

masa sekolah, masing-masing kejar untuk capai kecemerlangan
ada yang awal-awal dah nampak 'kegemilangan'nya
scorer 24/7
ada pula yang tak nampak bayang apa sudahnya
siap cikgu wat ranking dia ini cemerlang, dia ini tidak..

masuk sekolah menengah
yang cemerlang trus gemilang di sekolah terbilang
yang kurang teruskan juga perjuangan di mana saja pilihan
kecemerlangan mula teruji
yang tidak leka terus menggilap kejayaan
yang terlupa mula merasa bosannya alam
yang sudah tertinggal semakin ditinggalkan

masuk universiti dinanti-nanti
yang dulu cemerlang mungkin sudah terbang ke langit tinggi
tapi ada juga tersasar pilihan
alih-alih yang agak tertinggal dulu mencipta keunggulan di menara gading

masuk dunia kerja
masing-masing teruskan perjuangan
ada yang cemerlang dulunya , maintain cemerlang di mana-mana
ada juga yang dulu cemerlang, tak dapat kuasai tuntutan kerja
yang kurang pointernya, alih-alih diberi pangkat percuma
yang dulu jauh dibelakang, terus jadi pilihan majikan kerana rajinnya usaha

nampaknya
itu semua ketentuan Dia
kita usaha, selebihnya berserah

aku belajar, kau belajar
aku bekerja , kau bekerja
aku dapat gaji, kau dapat gaji
aku ada jawatan, kau juga berpangkat

tiada beza
kerana Allah sudah tetapkan segala

jadi menapa masih suka merungut membanding
bukankah lebih baik jadi yang bersyukur
melihat kepada yang langsung tiada

tetapkan dalam hati
hidup ini berdasarkan konsep rezeki
dari Ilahi

pasti tenangnya hati :)

seram pulak trend mcm ni...

Bismillah

sejak kebelakangan ni, makin menjadi2 plak
kes tuduh menuduh, fitnah menfitnah

pastu berani pulak disebar-sebar
kononnya mencari kebenaran

tapi
ramai terlupa
kalau itu benar, dakwa dengan

Wednesday, May 25, 2011

apa rasa?

Bismillah

tgok dalam Majalah 3, ada orang makan menatang ni...
erk???

masa kat Pulau Aman aritu acara bakor2, ada nelayan 'hadiahkan' ni kat kami..

tapi idokler terniat nak bakor sama
macam tak lalu aje..
huhu

apa rasanya ye?

Tuesday, May 24, 2011

petua kuruskan *sikit* peha cara saya..LOL

Bismillah

Alhamdulillah, dah 80% target BW tercapai..hehe



Peha mcm ayam KFC beberapa bulan lalu





dan kini

peha ayam KFC (masih) Cuma terkurang bagi makan sikit..hehehe


Semuanya gara2 ini

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Menolak 6kg makanan ayam penelur setiap pagi

Secara berselang-seli kanan dan kiri

Walaupon memberi sedikit kesan bising melampau yang annoying pada ayam2..hahaha


Sejauh ini

Seluar jeans lama dah leh sarung semula

Di samping terjaga tiada sakit pinggang mengangkat benda berat

Dan kaki yang kuat..

SEPAK NAK?

*Tanya pada diri sendiri?*

hehehe

berhibur bisa aja tapi...

Bismillah

memang tak dinafi sebagai manusia biasa, kita memang sukakan hiburan..setinggi mana pon ilmu

berhibur bisa aja tapi...

Bismillah

memang tak dinafi sebagai manusia biasa, kita memang sukakan hiburan..setinggi mana pon ilmu agama di dada, tp dengan hiburan, kadang2 menjadikan jiwa lebih bersemangat...

sedangkan pada zaman Nabi , Nabi pernah menyuruh satu kumpulan nyanyian didendangkan sebagai meraikan sepasang pengantin baru..

cumanya, kena lah betol cara dan gayanya..jaga batas2 agama..janganlah dok terkinja2 tak ingat dunia, solat kemana, batas lelaki pompuan semua tergadai sama.. alah, boringlah macam tu.. eh eh? berani lawan arahan dari Tuhan, ke? (=_=)

ambiklah hiburan sekadar sederhana dan menjadikan kita lebih berfikir..
contohnya the latest tgh hot kat pawagam cerita Pirate of Carribean tu,kan?

meh nak ulas sikit cerita ni.. part yang paling saya suka bila pergaduhan antara Blackbeard dan One-legged man tu.. semata2 masing2 nak jaga kepentingan masing2.. si Jack Sparrow suggest supaya dia berdua je berlawan. pengikut2 masing2 dok diam , jangan masuk campur..sbnya mereka berlawan atas dasar kepentingan diri sendiri..so kenapa orang lain susah payah nak berlawan berbunuh bagai..

so iktibarnya dalam kehidupan seharian kita lah paling mudah.. kalau kita rasa sesuatu benda tu hanya untuk self-interest, please lah janganlah libatkan orang lain sama..

beruntungnya mereka...

Bismillah

kisah anak2 kecil yang pergi selamanya dalam kes tanah runtuh..
MasyaAllah, begitu besar kuasa Tuhan nak ambil semula hakNya bila-bila masa...

bila melihat gmbar mereka berjubah putih berserban kemas
dengan usia yang begitu muda
Subhanallah
beruntungnya mereka
diambil semula mengadap Tuhan dengan tiada dosa
dengan ilmu Quran yang berbekal di dada
mengalir air mata saya dalam tak sedar

beruntung mereka
pergi dengan segera
tak perlu lagi menghadapi dugaan dunia yang penuh kejahilan dan tipu daya
tak risau jiwa yang berasak-asak mengejar kekayaan dunia yang memang nyata sekejap saja
berbahagia sahaja mereka di sana

insaf rasa diri
andai Tuhan memanggil kita saat ini
bersediakah untuk menjawab apa perkara sudah dilangsaikan 28 tahun yang lalu

Ya Allah
jadilah pengakhiran kami yang masih tinggal
pengakhiran yang baik
dalam keadaan beriman menyebut kalimah La Ilahaillallah..

NOTAKUKUKAKIKU: iktibar dari musibah...

Monday, May 23, 2011

ratu SMS?

Bismillah

mula menaip SMS waktu 2001, first time ada handset kat matrix..handset cap ayam ..tapi masa tu handset yang boleh SMS kira hebatlah..heh!

berkenal2an dengan en.suami zaman tu juga. masa tu kawan2 aje.. so SMS lebih banyak pada kawan2 sekolah mennegah..update perkembangan masing2 kat matrix ler kononnya..disamping ada yang mula cucuk jarum..gatal betol budak pas SPM nih...hwakakaka!

mula terjebak bercouple2 zaman Uni.. SMS juga jadi pengantara..maklumlah, duit cukup2..nak kol , mana mampu.. masa tu konon2 'berkawan' ngan satu mamat study di Madinah.. so penghubung Malaysia-Madinah adalah SMS.. tapi sudahnya pemutusnya pon melalui SMS.. sadis tak?

mula berkenalan ngan en.suami.suami studi di Riau, saya di Serdang.. penghubung Malaysia -Indonesia hanya secara SMS..bergaduh, bergelak, berkongsi cerita semuanya dengan SMS..itupon kadang2 short juga sb kredit tak bertop-up sb duit bajet utk praktikal..hehehe

masuk clinical year, kena update selalu dengan group mate untuk kelas praktical, assignement dan sebagainya.. SMS juga jadi pengantara..tapi tension pada ahli group yang suka mengelat..bila kita remind dia suh bawa bahan assignement, alih2 dia kata dia tak tahu. bila kita kata dah SMS, reasonnya mudah..katanya tak dapat pon SMS.. padahal report delivery kita dapat.. tak leh wat apa...

masuk bekerja, dah mula kurang sikit SMS terutama hal2 kerja..sb pada saya, kalau ia urgent, silalah kol. apa guna bergaji tp masih berkira2 nak call? terutama hal2 penting dalam kerja..contohnya, nak report dari anak buah..mcm tak proffesional plak sms aje. silap2 anak buah bagi alasan sama, tak terima SMS..nyampah!

cuma yang masih kekal, SMS dengan suami..24/7.. maklumlah perkahwinana jarak jauh. tp itupon hal2 remeh la..kalau penting, terus je kol..dan juga SMS pada kawan2 yang masih boleh dicontact..paling tidak ucapan pada hari2 istimewa diorang..

jadi, dengan kebolehan menaip SMS selama hampir 1o tahun , kemahiran menaip sangatlah superb..tak kisahlah pad QWERTY ke, apa ke.. sedang memandu pon leh sms dengan pantas tanpa perlu tgok screen..hehehe..

dan pastinya bahasa SMS jadi lebih pendek..

OKAY= k

SAYA= sy

NAK= nk

ASSALAMMUALAIKUM= salam

dan biasanya permulaan sms mesti dengan 'salam',.. dah terbiasa setiap kali sms..

dan hari ini>>

"salam danny.. pagi ni cancel wat AI ok..I ada important matter.tq"

reply

" salam 1 Malaysia..ok"

ayarkk!!! pejadah nya saya bagi salam kat dak cina nih..hahahah!!

siap reply salam 1 Malaysia kat I yang tak tahan tu..tp kira acilah dia faham macam tu..hahahaha

MORAL OF THE STORY: sungguhpon hebat sms, sila PAUSE sekejap dan fikir perkataan yang bakal keluar..keh keh!

NOTAKUKUKAKIKU: hukumnya haram memberi lafaz ‘assalammualaikum’ kepada non-Muslim

Sunday, May 22, 2011

berdosakah saya kalau saya tiada akaun FB?

Bismillah

Ini adalah situasi saya..tiada kena mengena dengan pandangan orang lain.

Saya deactivated akaun FB personal saya..sudah hampir setahun..

Dan rasanya saya belum berniat untuk membukanya semula.

Tapi jangan salah faham dengan tindakan saya. Ini hak masing-masing,kan?

Jangan pandang saya anti-sosial ..dengan FB sahajakah saya boleh bersosial?

Jangan pandang saya memutuskan silaturahim. Dengan FB sahajakah saya boleh bersilaturahim? tp rasanya ada jugak yang putus silaturahim sb update2 kosong di FB kan?

Saya respect hak masing-masing untuk ada atau tidak akaun FB.. lagipun bukan sampai jatuh hokum wajib,kan? Sedangkan solat yang wajib pon orang tinggal, inikan FB yang ciptaan manusia biasa.

Tolong respect pandangan dan hak masing-masing.

Saya tiada akaun FB personal sebab

# Saya cuba lari dari ‘orang-orang’ yang hanya suka merendah2kan situasi saya dalam apa jua keadaan. .mereka tidak ikhlas untuk ‘berkawan’ dengan saya.

# Saya cuba untuk memberi ruang luas kepada mereka yang selalu suka ‘membandingkan’ pencapaian dia dan saya supaya mereka lebih ‘tenang’ tanpa ada persaingan dari saya..( sungguhpon saya tak tahu kenapa dia rasa saya pesaing dia sedangkan saya tidak pernah langsung rasa mcm tu)

# Saya cuba tidak mencipta dosa dengan sama2 melihat aksi2 terlarang termasuk yang belum halal berpelukcium, membuat sign2 lucah, tidak menutup aurat.. saya sendiri buat dosa diri sendiri, apatah lagi turut sama melihat dosa orang lain. Sila beri ruang saya nak perbaiki diri

# Saya cuba tidak ingin ambil tahu update2 kosong dan menjengkelkan..termasuk kisah sulit rumah tangga, kutuk majikan, persenda orang, dan sebagainya..sila beri ruang saya untuk tidak terjebak dengan umpat keji sb dalam sehari belum tentu saya terlepas hal2 mcm ni dalam kehiudpan reality saya sendiri.

Ya, saya ada satu akaun bersama suami yang hanya utk LIKE page2 bermanfaat dan menjadi interest kami.

Tapi itupon masih ada yang terjumpa dan kenal saya secara tak sengaja.

Hati saya tersentuh lagi bila orang yang sama masih cuba mengambil ruang di FB untuk terus persendakan saya..

JADI, BERDOSAKAH kalau niat saya tidak punya akaun FB personal untuk elak permusuhan begini?

berlibur...

Bismillah

Sesekali berlibur rehat2kan minda dan badan, seronok jugak eh?

So hari tu balik Penang, saya sempat ikut suami bermalam di Pulau Aman, Pulau Pinang..kebetulan kawan2 suami ada kat sana, so pakat2 wat BBQ..

Sayalah yang mengada lebih, request nak makan kambing bakar kekonon..ngalah orang mengidam..kalau ngidam, apa salahnya. Eh?



So sempatlah bakor2 ikan pemberian orang kampong ( maklumlah depa kebanyakan nelayan) dan kambing jugak..




Orang yang bersungguh2 mengipas adalah BUKAN orang yang teringin sgt nak makan kambing…hehehe..sesekali orang pompuan relax, laki plak masak, best jgak aper? heee

Ok ini gmbar I tipu semua orang..ni pura2 kipas sb suami kata meh dia plak ambik gmbar I (+_=)..pengakuan jujur..hihi

Konon2 janji diri sendiri tak mau makan berat selepas jam 8 malam..kan tgh berusaha nak kurus..

Sekali malam tu hambek ko, belasah kambing macam ada membela gamaknya..haahaha

Sudahnya tertido dengan perut kekenyangan berisi kambing.. isk, macam haru plak imagine ada kambing sekor dok merengkok dalam perut..hahaha

Thursday, May 19, 2011

tak teringat plak..


Bismillah

hari tu bajet takde keja, saja gugel nama sendiri..sekali jumpa satu blog adik nih dia kongsikan petua mak nenek yang saya pernah kirimkan beberapa tahun lau rasanya..tapi disiarkan semula dalam majalah Keluarga Oktober 2010..

LOL.. saya sendiri tak tahu petua tu publish kat majalah tu..tetiba malu..rasanya masa zaman awal2 kawen dulu kot hantar ni..

malu plak sb penuh dengan alamat sekali tak tahan tu..keh keh

apa pon, harap dapat dimanfaatkan ramai orang...

karnival makanan utara USM...tp tak sangat.. :P

Bismillah
citer bberapa bulan lepas la ni.. seminggu dok kat umah mentua di Penang.. sempat saya temankan en.suami utk demo silat sempena karnival makanan utara, di USM Penang..

tetiba rasa jadi muda bila ada org ingat saya salah sorang student USM yg incharge karnival tu..ekekeke..mana taknya, bajet bawa beg sekolah sandang belakang sb bawakan kain selendang dan baju silat suami serta kamera DSLR ke hulu ke hilir..hehehe..bagilah cahnce I rasa muda sikit..hihi
* yang ni saya ngan isteri guru silat suami saya..kiranya kumpulan para isteri pesilat la ni..konon(^_^).. makcik ni asal orang siam, kalau dia masak tomyam,perghhh!!! meleleh i kata u :P

so hari tu kira saya sibuk ambik gmbar la..hehehe.. memandangkan sang isteri yg bawak kamera, of course la gmbar suaminya yg banyak..ahaks! jgn mara arrr...
hiyarkhhh!!
ada mcm2 jenis demo lah aritu, tapi saya tak tahu namanya..kan saya tahu cekak pinggang aje walaupon belajar silat cekak..keh keh
siap terbang uolls!
tapi ceq naik heran , katanya karnival makanan utara. awat ada RASAMAS ngan gerai2 jual beger segala? macam tak berapa nak kena tema karnival ngan makanan yang dijual..

tapi apa pon, seronok ler jugak dapat jenjalan kenal2 sikit ngan student2 USM..teringat zaman muda2 plak..owh tua sangat ke I ni? (=_=')

dan rasa kagum jugak bila tgok group2 silat lain dari macam2 jenis silat.. bangga jap tgok anak melayu kita ( tmbah2 yang masih muda remaja) bersilat mcm seorang hero..cewah!

dah tu, tak reti2 nak training silat cekak balik?

hahaha.. jangan cakap lah pasal silat cekak tu, buah2 silat langsung saya lupa. buah durian saya tahu ...hwekekeke...


Wednesday, May 18, 2011

suatu penghargaan:)

Bismillah

1. Copy imej award pada entry baru anda.
2. Buat link pada pemberi award.
3. Senaraikan 7 perkara berkaitan diri anda.
4. Tag pula 15 blogger pilihan anda.
5. Alasan kenapa tag blog mereka.

Award istimewa daripada classmate degree saya , AYU dan senior saya , KAK YANI

Terima kasih banyak2 J

7 perkara mengenai saya

  1. Dah pandai melaram mekap2 dengan lipstick mak masa umur 4 tahun. Tapi dah besar, kadang bedak pon lupa pakai..hoho
  2. Memang nak sangat jadi penyanyi masa kecik2, syukur sgt2 cita-cita tak tercapai..keh keh
  3. Nmpak macam pendiam, tp bila dah kenal, mesti rasa nak selotip mulut I..LOL
  4. Suka giler dress yang seksi2, awww..
  5. Rasa bersyukur bila umur semakin meningkat, sb dapat rasa tahap kesabaran juga semakin meningkat.. tak mcm muda2 dulu..heee
  6. Suka beli barang idaman senyap2..tahu2 dah ada aje..sb dh minta izin suami awal2 kawen utk guna duit gaji sendiri utk itu semua..tp takdelah membazir ke apa..
  7. Suka masak walaupon rasanya, humakaih! Paham2 ajelah..heheheh

Sekarang saya mau tag

1. pia

2. shiela latif

3. zulkbo

4. wahida khairy

5. efa

6. farah fatihah

7. shinnaz

8. husna a.k.a nana

9. zara da great

10. sesumpah

11. soffea

12. ummu

13. ziha

14. mawarmerah jambu

15. kak zue

semuanya kawan2 saya dan tempat berkongsi cerita(*_*)

TERIMA KASIH (^_6)

Tuesday, May 17, 2011

genap sudah 3 tahun yang membahagiakan:)

Bismillah

17 Mei 2008

Sah menjadi suami isteri

Kesyukuran yang tiada tolok bandingnya

17 Mei 2011

Genap 3 tahun

Alhamdulillah dengan nikmat yang ini

Masih berkasih sayang

Malah lebih baik dari tahun yang satu itu

Terima kasih Tuhan

Ada dia untukku

NOTAKUKUKAKIKU: doakan kebahagiaan yang berpanjangan..amin…

it's mother's day celebration!

Bismillah

Sabtu lepas baru ada chance celebrate Hari Ibu ngan mak kat Bidor.. mak mentua, I tipon wish dalam tipon aje..hehehe..tapi dua2 pon saya sayang.. EQUAL!

pagi tu dok gigih , apa nak bawak balik umah mak ni ye.. sebenarnya masa kecik2 takde pon celebrate2 hari ibu ni..tunggu cikgu suh bawak kaler krayon sendiri pi kelas, pastu lukis atas kad manila , tulis SELAMAT HARI IBU..balik sekolah, trus bagi mak.. tapi xde pon macam dalam iklan tv tu, mak dia terharu menanges bila anak dia bagi kad ucapan..kad yang saya buat last2 jadi penyumbang berat suratkhabar lama yang kami kumpul bertahun2 pada uncle india bawak lori..hehehe..

tapi saya takdelah berkecik hati ke apa..sebabnya dalam family, takde pon wat party2 celebrate besday ke hape, apatah lagi hari ibu..

tapi bila masing2 anak dah besar dah kawen2 ni, lama2 mcm semua tu berubah.. walaupon bukan specific semata2 hari ibu, tp masing2 tak lupa at least wish pada mak.. mak mcm biasalah, ucap terima kasih.. tak pernah lak pulak mak menanges feeling2 bagai mcm dalam iklan tu..hehehe..

so dapat idea last minit pagi sbtu tu, trus I baked cake oren utk mak..wah! kelas! buat cupcake yang kecik pon selalu hangit, nak buat cake oren konon..hahah..

bak kata suami --> kalau masak dengan ikhlas dan kasih sayang, mesti masakan tu jadi dan sedap..

so I pon baca Bismillah, harap2 at least adalah rupa kek yang saya nak buat ni..ekekekek...



last last
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
TADA!!!



Dah rupa budak sekolah baru belajar pegang pensel kaler..hahaha.. ni kalau tunjuk kat cikgu ERT saya dulu ni, mesti dia meraung.. tu lah, masa kelas masak2 , ko ponteng..keh keh!

apapun, alhamdulillah, rasa menepati kriteria semua orang:)

bila tunjuk kat mak, mak macam biasa cakap terima kasih.. ( xde jugak feeling2 nanges mcm dalam iklan tv tu ..)

tapi kami tahu, dalam hati mak, mesti mak rasa dihargai bila anak2 ingatkan mak.. dan mak bangga dengan anak2 mak..dan itulah doa harapan kami, anak2 mak..

SELAMAT HARI IBU, EMAK!

NOTAKUKUKAKIKU: berbaktilah pada mak ayah selagi mereka ada

Thursday, May 12, 2011

12 mei-Genap 4 tahun

Bismillah

genap sudah 4 tahun
perginya seorang lelaki yang tidak pernah akan berganti

lelaki yang pernah mendukung tinggi melihat tawa riang anaknya
lelaki yang bergolok bergadai tenaga memenuhi keperluan anaknya
dan bila sampai waktunya
Allah jemput dia dengan amannya
persis aman jiwanya melihat kejayaan anak2 terbina..

doaku satu
semoga doa dan amalan kami adik beradik
itulah harta tiada putusnya
buat kamu

ABAH....

AL-FATIHAH
(Allahyarham Hj. Ismail Bin Yin)
30 OGOS 1947-12 MEI 2007)

Tuesday, May 10, 2011

masih adakah yang sayang?

Bismillah

masih kah?
atau sudah hilang?

ececeh! jiwang plak..

lama tak bersiaran???
pergi mencari damainya hati...

sah! memang mood jiwang!
tak boleh layan...

take care semua:)

NOTAKUKUKAKIKU: MEI bulan jiwang sikit :P