Thursday, June 30, 2011

Teruslah merayu...

Bismillah

pic credit : here

Kawanku,

Hidup ini pentas ujian

Sekali kita diuji, tabahlah hati untuk menerimanya

Kerana itu tanda Allah melihat dan kisahkan kita

Tanda kasih sayangNya buat kita


Benarlah bahawa hati manusia ini sangatlah rapuh

Hari ini kita kuat hadapinya

Kita rasa kita mampu bertahan

Namun pembisik hasutan itu sentiasa ada bersama

Sehingga adakala jatuh juga air mata


Jangan gusar , kawanku

Menangislah sepuas hatimu di hadapan Tuhan

Jangan hipokrit di hadapan PenciptaMu

Berterus –teranglah bahawa hatimu kini kian rapuh

Dan pohonlah agar Dia memberi lagi kekuatan itu


Sesungguhnya Tuhan itu Maha Penyayang, kawanku

Andai bukan hari ini buat kita,

Pastinya ada hari esok yang lebih baik buat kita sedang menanti..


Teruslah merayu….

pasti ada sinar bahagia menanti kita...

Wednesday, June 29, 2011

masa utk 'balas dendam'...

Bismillah

masa untuk KEMBALI

MENCUBA RESEPI-RESEPI TERBARU

AKTIFKAN BALIK DSLR YANG LAMA TERPERAP

MEMBUAT KRAFTANGAN (walaupun kurang seninya..lol)

masa untuk memberi ruang kepada kesukaan diri sendiri

(^_^)

NOTAKUKUKAKIKU: dah prepare resepi utk weekend nanti..hehehe

Tuesday, June 28, 2011

Berakhir sudah...

Bismillah

Alhamdulillah, sudah genap setahun setengah saya bercuti belajar sepenuh masa…

Minggu-minggu terakhir di UPM semakin dekat..so semalam saya dan kawan2 seangkatan wat photoshoot kenang2an di sekitar Tasik Bukit Expo UPM ni..

Dengan kak elmi dan rina saja kali ni..


Dengan mereka nilah nak bergelak, berduka bersama sepanjang wat master di sini

Yang nak bergossip pon dengan mereka..hehehe


Cer tengok memasing melaram ptg semalam..okeh, ni I pecahkan rahsia.. saya minat mekapkan orang tau sejak sekolah dulu :P dan ini hasil mekap tangan keras kejung saya semalam..


Tengok! Ni yang menyampah mekap orang ni.. mesti diorang cantik lebih.. yang mak andamnya biasa-biasa aje.. hehehe..takpelah, yang penting hasilnya sedap mata memandang :P


Malam tu kami raikan perpisahan ( kengkonon) di Restoran Tupai-Tupai Bangi..


Iqa turut bersama kami sebab dia baru balik kerja..

Boleh tahan sedap Restoran ni..Cuma RM26 nett..

Kak Elmi dan Rina akan balik bertugas di Universiti Malaysia Terengganu,..

Iqa sudah pun mula bekerja di CIMB..

Dan saya sendiri akan pulang balik bekerja di UPSI, Tanjung Malim..

Selamat maju jaya saya doakan buat semua kawan-kawan saya.. segala pahit manis mengahrungi nak siapkan master ni takkan boleh dilupakan.. semoga ada peluang rezeki kita nak smbung Phd plak pasni.. di mana?? Wallahualam…

HIP HIP HOORAY!!!

NOTAKUKUKAKIKU: doakan perjalanan yang terus cemerlang…

Monday, June 27, 2011

tawan perut ...

Bismillah

Kalau ditanya hal makanan, saya bukanlah peminat makanan Indonesia.. suami apa lagi.. katanya dia dah puas TERPAKSA telan masakan Indonesia selama dia habiskan degree kat sana dulu..hehehe

Tapi dalam tak suka tu, bolehlah makan kalau dijamu apatah lagi kalau orang belanja , kan? Ehhh?? Hehehe

Barang free memang sedap,ye dak? Keh keh…

Hujung minggu lalu tetiba rasa nak cuba wat ayam penyet yg semua orang sibuk makan sekarang nih.. I pun belek2 majalah dan internet cari apa bahan2nya..sekali, eh takdelah banyak sgt bahan2nya..

Mintak izin suami nak masak menu Indonesia..hehehe.. mana lah tahu, kot dia potong selera plak bila dihidang menu yang bawa nostalgia dia di sana dulu..huhu..nostalgia tinggal menyewa di rumah Ibu yang usang dan naik oplet yang bising macam puting beliung... ok, memori tu takpe..kalau memori dia terlihat cewek2 seperti Bunga Cinta Lestari apatah lagi Nia Ramadhani..ok, itu I marah..hehehehe

Jom tengok resepi dan cara buat menu nih DI SINI…simple je rupanya…


Pada saya kekuatan resepi ni ialah bau ketumbar dan rasa manisnya ayam tu di smping di cicah dengan sambal yang wallawey tu.. so kalau korang cuba masak ni, kalau rasa2 ayam tu tak baper cukup kick, sila pastikan smbal korang sedap..pasti makan smpai menjilat jari…

Alhamdulillah, percubaan pertama menjadi.. mungkin kerana masak dengan kasih sayang supaya suami tidak teringat memori terlihat cewek2 Indonesia tu dulu..ehhh?? hehehe

NOTAKUKUKAKIKU: seronok main masak2…

Sunday, June 26, 2011

jangan silap ye

Bismillah


Jangan silap ye

Kalau melihat saya berdiam diri

Kerana mungkin saya sedang menahan diri dari berkata yang mungkin melukakan hati kamu


Jangan silap ye

Kalau melihat saya kurang tersenyum seperti selalu

Kerana mungkin saya sedang berfikir

Apa jalan terbaik untuk terus menjadi sabar


Jangan silap ye

Kalau saya Nampak seperti menjauhkan diri

Kerana mungkin saya tidak mahu kamu terasa hati

Bila saya tidak bisa berkongsi hal peribadi


Jangan silap ye

Bahawa saya juga seperti orang lain

Ada masa saya perlu sendiri

Tapi kamu tetap di hati


Jangan silap ye (^_^)

NOTAKUKUKAKIKU: kadang-kadang kita tersilap fikir

suka tak yang warna-warni?

Bismillah

Aktiviti hujung minggu

Sesi pondok-pondok…

Semuanya lepas sorang kawan bagi apam polka dot ni.. I pon teruja nak try..

Alhamdulillah, menjadi.. tp mcm2 versilah..ada cendawan butang saiz M, L dan ada saiz S jugak..hehehe..


I letak filling blueberry..nyummy…

Bila menjadi, mula rasa nak sibuk berniaga..tp kalau tak jadi, mula I swear takkan buat lagik..hahaha..hangat2 taik ayam je I nih…

RESEPI APAM POLKA DOT..

Bahan A
3 biji telur Gred B - guna telur yg dh letak dlm fridge, maknanya telur tu sejuk
1 cwn gula halus

1 tsp ovalatte

Bahan B
150gm susu sejuk -
275gm tepung gandum*

1 tsp baking Powder*
- ayak bahan2 bertanda

Bahan2 Lain
Apa2 filling - akak guna blueberyy filling
Kaler2 kegemaran

Cara-cara

1. Pukul Bahan2 A hgga putih & kembang.

Akak guna high speed

2. Masukkn susu sedikit demi sedikit. Pukul sebati setiap kali susu dimasukkan

3. Masukkn tepung sedikit demi sedikit. Pukul dgn kelajuan perlahan. Pukul hgga likat bg setiap kali dh masukkn tepung

4. bahagi2kan adunan mengikut kaler yang dikehendaki dalam piping beg

5. Proses memasukkn adunan dlm acuan. Guna sudu untuk masukkn adunan kaler merah ke dlam acuan lompang saiz kecik & dilapik ngn cup kertas

Isi hgga hampir penuh...

6. Pipe kan blueberry filling. Masa ni bleh la panaskn kukusan

7. Tutup filling ngn adunan kaler merah gak. Isi hgga separas ngn cup kertas.. Bila dh masak nnt bru nampak montel2.

8. Proses nk lukis dot dot..Amik piping bag berisi adunan kaler yang berbeza. Buat polka dot atas adunan dlm cup td.

9. Kukus selama 15min ngn api sederhana.. Jgn guna api perlahan plak.. nnt x kembang plak..& jd x brapa nk comel.

Bukan namanya Hana Faza lah kalau tak buat ‘main-main’ di akhir sesi membuat kek atau kuih.. hehehe

NOTAKUKUKAKIKU: syok sendirik je

jamu mata #2


IKAN TERUBUK STIM TIGA RASA


KERABU KERANG

NOTAKUKUKAKIKU: mood ‘ketuk-ketuk’ kuali dah mai dah :P

Saturday, June 25, 2011

my wish...

Bismillah

26 Jun 2011

di hari ulangtahun kelahiran 28 ku

aku sujud mengucap syukur

masih dipinjamkan nyawa menghirup udara percuma

masih sihat tubuh badan

masih punya orang yang mengasihi

dan masih punya cita-cita


doaku satu, Tuhan

jadikan aku hambaMu yang selalu syukur

dan pengakhiranku satu penamat yg baik

amin...

Friday, June 24, 2011

reflection...


kempen raya??

Bismillah



Tgok dah ada iklan promosi raya kat TV

Wah, cepatnya..

Sibuk hal jualan murah,

Posa dah siap ganti?

Sekarang dah 22 Rejab.. pastu Syaaban..

Pastu???

Moh lekas2

Kalau dah habis ganti, prektis posa sunat Rejab/ Syaaban

Barulah nnti tak menggelupur time Ramadhan :P hehehe

NOTAKUKUKAKIKU: posa2 pun leh kurus,kan ? ehhh??

Thursday, June 23, 2011

nak rambut 'cendawan' ?

Bismillah

Cantikkan tgok rambut yang lebat, hitam dan lembut aje.. yang rambut mcm ‘cendawan’ mcm ni pon comel :P


Petua mudah, mak nenek ajar dari dulu.

Ambil segenggam kacang hijau.

Cuci bersih, lalu rebus dengan air kira-kira 3 gelas,

rebus sampai mendidih tetapi jangan sampai kacang hijau yang direbus pecah.

Setelah mendidih, angkat dan saring.

Embunkan air itu semalaman.

Keesokan harinya, gosok2kan air rebusan kacang hijau tadi pada kulit kepala, dan urut2 sikit.

Biarkan kejap selama 30 minit.

Pastu bilas.

Syaratnya : kena rajin ..yang ni yang susah kan? Nak cantik ke tidak? Nak ke tidak?

NOTAKUKUKAKIKU: kalau byk duit, pi je yunnam tu, tp ribu riban le..yang ni, agak2 malas, leh tukar menu jadi bubur kacang..ehh?

Wednesday, June 22, 2011

MUTAN



jamu mata #1


KAILAN CAMPUR



SUTUN LADA HITAM

JANGAN BERSEDIH

Bismillah


Jangan bersedih , kawan

Jika terlihat ada yang lebih mudah perjalanannya dalam kehidupan

Sedangkan engkau tak henti diuji berkali-kali

Kerana kita tidak tahu

Apa yang sebenarnya berlaku dan perlu mereka lalui untuk dapatkan kemudahan itu…


Jangan bersedih, kawan

Jika rasa rendah diri menebal melihat pesonanya mereka itu diulit keindahan idaman ramai

Sedangkan engkau tidak segah mana

Kerana kita tidak tahu

Sebenarnya ada orang lain jua melihat kita lebih indah dan bertuah dari mereka…


Jangan bersedih, kawan

Jika merasakan sunyi dalam hidup yang berputar ini tanpa cinta sejati

Sedangkan engkau melihat kebahgiaan mengulit mereka yang lain

Kerana kita tidak tahu

Apakah rasanya bila sedang elok leka merasa cinta tiba tiba Tuhan menariknya sekelip mata


Jangan bersedih, kawan

Dunia ini kita yang tentukan warna warninya

Teruskan berjalan dengan senyuman

Kerana Tuhan sudah janjikan

Setiap bahagian yang adil buat kita


Jangan bersedih, kawan…

NOTAKUKUKAKIKU: senyumlah

Monday, June 20, 2011

RESEPI " SEBELUM TERLAMBAT "


Bismillah

Barang-barang resepi ni semuanya hampir nak expired dalam masa dua minggu lagi..cepat2 I fikirkan sesuatu apa nak buat dengan bahan2 yang ada ni..

Sebab tu nama resepinya “sebelum terlambat”..hehehe

Ayuh kita mulakan membuat pudding roti berkastard ..

Pudding roti

1. 8 keping roti dicarik2 bulu ayam siap2 letak dalam Loyang


2. Masuk 500 ml susu segar dalam Loyang td

3. Rendam sejam

4. Gaul 4 s/b gula halus ,2 s/b butter – (cairkan sebentar atas api), 2 biji telur ayam, 1 sudu teh esen vanilla, 1 s/b tepung jagung, 1 ktk (kecil) kismis hitam*(ahkak guna kismis campuran baki buat kek buah raya lepas..hehehe)..

5.

tuang dalam loyang berisi roti yg direndam td. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit atau hingga masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dalam peti ais.

Sos kastard


* 1 tin susu cair
* 1 sudu teh esen vanilla
* 2 s/b tepungkastad
* 2 s/b gula

Kacau rata semua bahan dan masakkan di atas api yg sederhana sebentar.


Sejukkan sos dan tuangkan di atas puding semasa menghidang..JEMPUT MAKAN!