alhamdulillah, dah selesai tanggungjawab ayah ibu nak sempurnakan tuntutan akikah buat anakanda Uwais alQarni pada Khamis lepas di Penang.. alhamdulillah, murah rezeki ramai yang dtg melwat Uwais ..
cuma kesal sikit ada orang2 yang selayaknya dihormati sebagai ayah ibu mahupon atuk nenek tapi tidak memberi contoh yang baik dari segi adabnya.. ikut adab, kalau kita pergi kenduri majlis orang, sebaiknya bersalam2 lah dengan orang tuan rumah dan kalau ada yang dirai, pergilah jumpa bersalam dulu.. contohnya, kalau majlis kawin, pas berslaam mak ayah pengantin, sebolehnya pergilah ucap tahniah pada pengantin dulu..biasa orang pompuan mesti curi2 masuk bilik pengantin kan? tp jangalah lama2..nnti orang tak suka pula..cukup sekadar ucap tahniah..
sama mcm majlis besday misal kata..gilah ucap happy birtday pada yang dirai..
tp dalam majlis akikah uwais aritu, saya tgok ada je yang leh panggil pangkat sedara pakcik makcik ni , smpai balik umah, langsung tak menjengah uwais dan saya.. datang nak makan je kot? jahatnya saya fikir mcm tu..tp sebagai org yg dirai, saya agak kecik hati.. dulu time aku belom pegnen, sibok ko mennaya bila nak pegnen..bila dah ada, eh eh tengok pon tidak.. mcm haram je.. maaf, sesi luahan perasaan plak ni..
saya terkilan orang melayu islam yang kurang adab ni.. kalau ikut mulut jahat, nak je laser sedas.. tp apakan daya, nnti dikata kurang ajar plak..huhu..
pastu set makcik2 ni ada yang tak ucap pon tahniah ke apa, tp dok komplen, eh apasal nmpak badan berisi sikit? hoii!! aku nak jadi berisi ni ambik masa 9 bulan, ni baru dua bulan lebih ko dah pandai komplen badan aku.. ya , itu jawapan saya yang di dalam hati..hwaaa!!!
kadang2 itu sebabnya saya tak suka nak join majlis2 ni.. rasa lebih banyak berdosa daripada pahala menghadiri majlis.. semoga Allah ampunkan saya..huhu..
sabarlah aku...